Isnin, 9 Januari 2012

Untukmu


Kepada siapa lagi
hendakku serahkan kepercayaan...
dunia penuh penipuan
manusia penuh kemunafikan…

Aku sering menyatakan
aku tidak akan membelai nafsu sesiapa
aku hanya bicara Cinta Tuhan
bukannya bicara cinta nafsu dan dunia…

Jika mahu bicara kesenangan nafsumu
sebaiknya jangan berada di sekelilingku
aku tiada peduli harta, pangkat, bijak dan alimmu
aku hanya peduli tentang kesucian jiwa
dalam mencari Cinta Tuhan
walaupun penuh kedaifan…

Jauhilah padaku
aku tidak perlu kepada pengikut yang ramai
aku tiada perlu kepada apa jua sanjuangan dan kemasyhuran
aku hanya sang pengemis Cinta
yang masih terkial-kial dalam menagih keampunan…

Biarkan aku berkelana
dengan segelintir teman yang benar
ia lebih membahagiakan aku
daripada jumlah yang ramai
tetapi mencari cinta nafsu
dan mencari redhaku…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...