Isnin, 2 April 2012

Sebarkan Cinta di bumi gersang


Gendang gema telah dipalu
ayuh bangun duhai Pencinta
melangkah gagah membina kekuatan
tanpa gentar dan rasa bimbang

Gendang semakin hebat dipalu
hentakan larian menerjah kegelapan
dunia akan diwarnakan dengan Bisikan Cinta
sehingga kebatilan tersungkur  longlai

Ayuh, bangunkan Cinta dalam jiwa
kerana dia adalah penawar kegelisahan
kesatuan jiwa di atas Satu Rasa dan Bahasa
walaupun fikiran, ilmu dan badan tiada bersatu

Bangunkan Cinta di bumi nan gersang
agar subur segala tumbuhan menghijau
segala kenikmatan akan terhidang
untuk santapan jiwa yang keras dan kasar

Bumi kini perlukan siraman Cinta
setelah lama kemarau memanjang
akan subur segala kekeringan
akan tumbuh taman  keindahan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...