Ahad, 6 November 2011

Tipu Daya Si Pendendam



Berhati-hatilah wahai saudaraku
seruan Dajal al-Masih sedang berkumandang
dengan slogan yang memukau
berwajah sebagai penyelamat alam

Kebebasan hak asasi manusia adalah tajaannya
yang membawa mesej
manusia perlu tinggalkan Tuhan
manusia yang berhak menentukan kehidupan mereka
Gerakan perosak ini
memaksa seluruh dunia mengamalkannya
suara kemanusiaan  mengatasi  wahyu Tuhan
di atas nama keadilan dan kebebasan
sikap keras para pendukung agama
ketidakadilan di atas nama agama
mewujudkan sikap prejudis
membuka ruang pada Azazil dan tenteranya
membisikkan tiada relevan agama
manusia perlu bebas daripada agama
agama adalah candu yang melalaikan dengan hal yang ghaib
agama adalah tempat para pemimpin agamanya menindas manusia dengan pelbagai fatwa
agama hanya rekaan manusia yang berkepentingan

Bukalah matahatimu wahai saudaraku
apa yang wujud di alam ini
peperangan antara paksi kebaikan dan kejahatan
bermula ketika penciptaan Adam a.s
Azazil tiada mahu sujud kepadanya
maka dihalau Tuhan daripada golongan yang haq
maka
di situlah titik peperangan
Iblis memohon kepada Allah
agar dipanjanglan umurnya
agar dapat memusnahkan cahaya anak cucu adam a.s
 agar juga akan bersamanya
dalam neraka kemurkaan Allah

Maka ia bergabung
dengan  Dajal al-Masih dikalangan manusia
yang diberikan kekuasaan ilmu dan sihir
sehingga dapat memukau manusia dengan kemajuannya
pergerakannya bersimbol mata satu
pergerakannya berdaftar Kaf fa ra*
mempunyai hubungan rahsia dengan simbol piramid
membawa mesej keamanan,kebebasan,keadilan dan kemanusiaan
bagaikan gelombang tsunami memusnahkan alam

Semua para Nabi a.s telah mengingatkan manusia
tentang fitnah yang dasyat dari Dajal al-Masih
yang bergabung dengan pendendam Azazil
akan memusnahkan alam dan manusia
dengan wajah dan kalimah yang indah
sehingga manusia benar menyangka mereka penyelamat
sesiapa yang menentang mereka
maka tentera Yakjuk dan Makjuk akan menyerang
negara itu akan hancur, pemimpin akan dibunuh dan rakyat akan kelaparan dengan pelbagai sekatan

Inilah zaman wahai saudaraku
dalam 1000 hanya seorang yang dapat selamat  imannya
gerakan kejahatan bermaharajalela
agama adalah musuh utama
kebendaan,hiburan,wanita,kekuasan,dadah,arak
sebagai senjata untuk merosakkan jiwa dan akal
hak asasi manusia, demokrasi,liberal,sekular dan lain-lainya
menjadi senjata utama mereka
menjadikan manusia sebagai Tuhan bagi diri mereka

Ajaran kebebasan ini telah menghancurkan agama dan kekeluargaan Barat
mereka hidup bagaikan binatang malah lebih sesat dari binatang
berkahwin dengan kaum sejenis adalah kebanggaan
yang kini mahu menularkan kejahatan di negara tercinta ini

Mari kita bangunkan negara ini
di atas kalimah Tuhan 
mengikuti  perjalanan Rasul
hanya dengan cahaya tersebut
Azazil dan Dajal akan terbakar kepanasan
dakwah dan tarbiyah mesti dikuatkan
dengan apa jua wasilah dan posisi
agar  bumi yang tercinta ini
tiada hancur dgn  gelombang pendustaan.


* Kaf fa ra (CFR): Counsel of Foreign Relation (Konsul Perhubungan Luar)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...