Khamis, 28 Februari 2013

Bertanyalah Pada Diri..


Bagaimana hati mahu tenteram dari sesuatu yang lain daripada ALLAH ??


Tidakkah kita melihat bahawa segala sesuatu dihadapan kita menunjukkan kepada tanda kewujudan ALLAH. Dosa membawa kita tidak dapat melihat akan lambaian ALLAH pada kita melalui segala sesuatu. Kita menjadi sombong kerana tiada dapat faham dimana bermula titik kejadian diri. Maka tafakur sesaat yang menimbulkan MAKRIFAT dan KEINSAFAN diri lebih baik daripada ibadah 1000 rakaat yang lalai. 

Wudhu’ batin ialah apabila hati hancur keinginan dari sesuatu yang lain daripada ALLAH. Jika jiwa tiada dibersih dengan Wudhu’ Air Zikrullah dan Muraqabah, maka jiwa akan terus dalam kekotoran. 

"..Maka ibadahnya kosong dari kemanisan munajat.." 

Syurga di dunia adalah nikmat dalam bentuk Ruh, iaitu apabila hati dapat Makrifat pada ALLAH. Syurga akhirat mengabungkan nikmat Ruh dan Jasad yang lebih jauh kenikmatannya dimana nikmat dunia hanya setitik daripadanya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...