Isnin, 31 Oktober 2011

Poligami - Tangga Wanita ke Alam Qurbah*


Wahai wanitaku,
Ku terpaksa nyatakan walaupun tiada enak engkau mendengarnya
Bahawa poligami adalah bisikan cinta Tuhanmu kepadamu dalam risalahNya
Jika poligami itu menzalimi kaummu seperti yang didakwa
Tuhanmu tentu mengharamkannya
Dia sekali-kali tiada akan mengizinkan dalam risalahNya ada unsur kezaliman
Dia sekali-kali tiada akan menzalimi hamba-hambaNya!

Jika poligami itu zalim
Tentu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tidak akan berpoligami
Kerana Baginda  صلى الله عليه وآله وسلم  adalah pembawa rahmat
Contoh tauladan bagi segala pencinta kebahagiaan

Nabi tidak akan menzalimi Siti Aisyah r.a isteri kesayangannya
Namun Allah mahu Nabi madukan isterinya demi cinta padanya
Baginda tidak mahu isterinya berada dalam emosi cinta yang rendah
Tetapi membawa cintanya ke alam Qurbah*

Jangan engkau terpengaruh dengan Barat akan takrif bahagia, adil, penindasan atau kezaliman
Mereka tiada faham apa itu nafsu yang wajib disuci
Mereka mencari kebahagiaan dengan nafsu
Para pencinta Allah mencari kebahagiaan dengan mujahadahkan nafsu
Mereka sanggup menderita demi sebuah cinta
Mereka tiada mahu hidup bertuhan hawa nafsu
Mereka bebaskan diri dari belenggu nafsu
Sebagai bukti pengorbanan dan cinta pada Tuhannya

Kebahagiaan adalah subjektif
Adakah dengan perkahwinan monogami menjamin kebahagiaan?
Adakah perkahwinan poligami tiada bahagia?
Bahagia berlandaskan kepuasan nafsu amat berbeza dengan bahagia berlandaskan cinta Tuhan

Sunnah Nabi adalah yang terbaik
Poligami adalah ubat yang amat mujarab dalam menyembuh nafsu ketamakan kaum Hawa
Justeru itu perkahwinan poligami hanya akan berjaya pada wanita-wanita yang memang memilih untuk bermujahadah
Perkahwinan akan hancur jika diamalkan wanita yang cintakan nafsu
Malah akan menjadi zalim terhadap diri mereka

Bukan syariat yang menzalimi mereka
Tetapi suami yang tiada melihat kemampuan mujahadah isteri dalam berpoligami itulah yang zalim

Perasaan adalah kelebihan wanita
Tetapi ia juga menjadi kelemahan mereka
Ramai wanita di dalam neraka kerana suka mengikut perasaan
Maka perkahwinan poligami adalah proses pentarbiyahan perasaan
Maka si isteri akan berjaya jika suami adalah murabbi yang boleh mendidik nafsunya
Dan poligami akan hancur jika suami bukan sang murabbi tetapi ahli nafsu

Kaum wanita lemah dalam mengendalikan nafsu walaupun mereka adalah golongan yang bersemangat dalam mencapai cinta Allah di akhir zaman ini
Justeru mereka perlu pada sang murabbi  untuk membimbingnya

Bulan akan indah cahayanya jika pada waktu malam
Namun keindahan cahayanya akan hilang di siang hari
Begitu juga poligami
Ia akan indah pada wanita pencinta Allah dan pada suami sang murabbi yang benar
Poligami akan hilang indahnya pada wanita pencinta nafsu dan sang suami ahli nafsu

Maka wahai wanitaku,
Bukan poligami yang bermasalah
Kerana ia adalah bisikan cinta Tuhanmu
Tetapi pengamalnya yang bermasalah kerana tiada faham dan tiada kelayakan
Bagi perempuan ia adalah mujahadah
Bagi lelaki ia adalah bebanan

Menguruskan perusahaan lebih mudah daripada menguruskan perasaan
Namun segala kegoncangan hanya diawalnya
Alah bisa kerana biasa
Apabila nafsu tamak hancur
Maka wujud sifat pemberi dan pemurah
Kebahagiaannya bersama lelaki yang baik tiada mahu dimilikinya seorang sahaja
Tapi mahu dimiliki dan dinikmati juga wanita lain
Ia adalah ganjil bagi orang biasa
Tapi tiada ganjil bagi para pencinta Allah dan wanita yang beriman
Kebahagiaan bagi mereka ialah bila dapat bahagiakan orang lain
Apatah lagi saudara seIslam, saudara sejemaah atau saudara seteman yang rapat

Jika lelaki menjadikan darah mereka sebagai bukti cinta pada Allah
Maka para wanita menjadikan poligami sebagai bukti cinta padaNya
Kerana mengorbankan perasaan

Cinta yang Agung menjadikan mereka kental dan mudah
Cinta pada Tuhan menyebabkan cinta pada suami berada ditingkat yang bawah

Wahai wanitaku,
Bukan semua wanita tidak layak berpoligami
Dan bukan semua lelaki layak berpoligami
Poligami adalah pakaian para wanita ahli mujahadah dan para lelaki murabbi
Ia bukan pakaian kita yang dhaif ini
Maka jangan menentang syariat poligami wahai wanitaku
Tapi tentanglah nafsu dalam dirimu, dan
Tentanglah suamimu yang tiada kelayakan untuk berpoligami.

* Alam kehampiran @ dekat dengan Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...