Isnin, 10 Oktober 2011

Halatuju Pengembara


Wahai pengembara kehidupan,
Kamu perlukan kompas dan peta yang jelas, agar pengembaraan mu tiada tersasar dari perjalanan dan arah tujuan sebenar. Alangkah sedihnya apabila melihat ramai yang tersalah arah, namun mereka masih dalam gelak ketawa.
Mereka tiada menyedari bahawa arah tujuan kehidupan mereka menuju ke lembah yang menakutkan, dimana raja penderitaan sedang siap menunggu. Ia tiada mengenal rupa, pangkat, keturunan dan harta. Segalanya akan dibaham sebagai makanan kelazatan!
Di lembah itu tiada akan didengar lagi senda gurau dan ketawa, hanya raungan dan tangisan penyesalan. Malah bertukar kulitnya kerana penderitaan.
Namun siapakah yang mahu dipersalahkan, sedang mereka sendiri yang memilih jalan itu. Mereka diberi mata, telinga, akal, hati untuk melihat cahaya, tapi mereka tiada mahu melihatnya. Sebaliknya mereka terasyik pada cahaya ciptaan lagu sang penipu dengan menyangka itulah cahaya kebenaran.
Air mata bersalut darah sekalipun sudah tiada erti lagi jika berada pada lembah itu. Yang tinggal hanya sebuah penyesalan kerana kehidupan yang berlalu tiada dapat diulang lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...