Sabtu, 31 Disember 2011

Dosa menuju Tuhan


Ramai para Aulia
mencapai gunung makrifat
melalui tangga-tangga dosa
dosa yang membawa kerendahan diri
dosa yang membawa taubat yang hakiki
dosa yang membawa dirinya di Cintai Tuhan…

Dosa adalah fitrah kehidupan
dosa adalah takdirnya
dosa dicipta
kerna…
di sana ada namaNya al-Ghaffar
untuk mengampunkan dosa…

Jangan merintih dengan dosa
sehingga syaitan menipu mu
menjauhkan kamu dengan orang yang soleh
lantaran merasa diri hina
tiada layak bersama dengan mereka
atau tiada mahu beribadah
kerana merasakan dosa mu
tiada diampuni Tuhan…

Tiada salah dengan dosa
tapi salah jika sentiasa berulang
salah jika tidak merasa kesal
salah jika berbangga dengannya…

Dosa menjadikan engkau kekasihNya
Apabila sentiasa taubat
Apabila merasa diri hina
Apabila sentiasa merintih padaNya
Apabila sentiasa kerdil dalam perhimpunan manusia
Apabila sentiasa menilik diri dengan sedikit amal
Apabila melihat orang lain lebih baik dari dirimu
Apabila airmata kekesalan sentiasa mengalir
Apabila dahimu banyak bersujud pada  Tuhan
Apabila engkau dalam keadaan rasa berbimbang-bimbang  dengan dirimu
Apabila engkau banyak berselawat lantaran mengharapkan syafaat Nabi mu…

Ikutlah jalan ramai para Kekasih Allah
membangunkan jiwa mereka
terbang menuju Cinta Allah
bermula dengan langkah
akibat terjatuh dalam dosa…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...