Ku bicara bukan kerana nama
Ku bicara bukan kerana pangkat
Ku bicara bukan kerana kekayaan
Ku bicara bukan kerana mahu dikerumuni
Ku bicara bukan mencari cinta sesiapa
Bagiku…
Cukuplah namaku bergelar HambaNya
Cukuplah pangkatku Alfaqir disisiNya
Cukuplah dikayakan ku dengan sifat Qanaah
Cukuplah jika aku dikerumuni para malaikat
Cukuplah jika aku memiliki CintaNya
Namun…
Jika Allah mengkehendaki memberi nikmat padaku
Ia adalah hadiah yang akan ku syukuri dan ku tasbihkan
Walaupun diriku amat malu menerima lantaran kehinaan…