Khamis, 9 Februari 2012

Pengajaran dari Sang Helang


Sang helang yang terbang melangit
mampu merawat diri sendiri
apabila kesakitan pada paruhnya untuk bertukar
ia mematuk paruhnya dipohon sehingga tercabut
walaupun sakit, demi untuk mendapat yang lebih baik
kesakitan itu ditahan dengan sabar…

Begitulah hukum peraturan Allah
untuk mendapat sesuatu yang baik
maka perlu mengalami kesakitan
hanya kesabaran dan pengorbanan yang tinggi
engkau akan dapat sesuatu yang tinggi…

Jiwa yang mazmumah
ibarat paruh yang rosak
perlu dirawat dan dibuang dengan  mujahadah
perlu bersabar dengan kesakitan
sehingga tumbuh dalam jiwa mu sifat yang baru
yang mampu Cinta dan Makrifat dengan Tuhan…

Jika jiwamu diselubung awam kekotoran
engkau hanya mampu melihat dunia
engkau tiada mampu melihat disebalik dunia
maka engkau jadi pemuja dunia
maka engkau menjadi hamba dunia
maka setiap nafasmu  dalam kerugian…