Isnin, 6 Februari 2012

Aku yang tiada berdaya


Ku melangkah ke Vietnam
menyusuri warisan sejarah
moyangku Syarif Abdullah
ayahanda Sunan Gunung Jati di Ceribon
anakanda kepada Syarif Nurul Alam

Aku melihat sejarah yang hilang
aku melihat sejarah yang ditipu
oleh segala tentera dajal
demi menjaga kekuasaan
demi menutup kebenaran

Segala tanda kemegahan Islam dihilangkan
segala maqam sultan dan pahlawan Islam dihapuskan
mereka mendirikan kuil hindu pada khazanah islam
sehingga maqam Aulia tiada dapat dijejaki

Aku tiada terdaya
hanya kepedihan dan kekesalan
di atas penghinaan yang tiada tamadun
hilang jati diri umat islam di Champa
sehingga maqam sultan yang agung tiada diketahui
menjadi penyembahan para penganut hindu

Sampai bila umat islam terus ditipu
dengan sejarah yang  batil
kehinaan terus berjalan
tanpa mampu membetul kepalsuan
hanya mampu mengangkat tangan
munajat pada Yang Maha Esa
agar kebenaran akan terbuka
apabila Islam kembali megah
apabila kalimah Kun menjadi Fayakun