Sabtu, 7 Januari 2012

Jangan


Jangan biarkan
matamu menjadi hakim
kerana pandangan
sering tertipu…

Jangan biarkan
telingamu menjadi hakim
kerana pendengaran
sering tertipu…

Jangan biarkan
sangkaan hati menjadi hakim
kerana hatimu
belum benar bersih…

Pejamkan mata
pekakkan telinga
perbaiki hati
pandanglah dengan Nur Allah
agar Cinta yang mewangi tiada terpadam
dalam kehidupan yang penuh dugaan…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...