Resah jiwa ini
dalam kehidupan di zaman fitnah
segala ruang dihancur mungkar
kebatilan menguasai kehidupan insan
Anak-anak menjadi mangsa
membangun dalam dzulumat
dari makanan, hiburan, pendidikan, perubatan dan pergaulan
segalanya bercampur dengan syubhah dan haram
Lantaran itu
Bagaimana mahu tumbuh jiwa yang suci ?
Bagaimana mahu lahir akhlak yang mulia?
Bagaimana mahu lahir genarasi yang teguh imannya ?
Sekolah menjadi pusat penyembelihan Aqidah
makanan yang mengelapkan hati
ubatan yang mematikan sel-sel otak
hiburan yang menyuburkan nafsu ammarah dan melemahkan akal
pergaulan yang merosakkan akhlak dan jiwa
sistem ekonomi yang tiada keberkatan
sistem politik yang tiada ketelusan dan keadilan
segala kehidupan di bawah sistem yahudi dan nasrani
di belakang tabirnya adalah dajal al-masih
Ibubapa kebingungan dengan kerosakkan akhlak anak-anak
para ustaz dan tok guru menjadi buruan
meminta air tawar untuk iman anak-anak mereka
ada yang meletakkan ia adalah takdir
sedangkan Nabi s.a.w pernah bersabda
anak-anak bagaikan kain putih
ibubapa yang menyahudi atau menasranikan mereka
mereka tiada menyedari
bahawa setiap detik
mereka mengisi kehidupan anak-anak mereka dengan sistem yahudi dan nasrani
bermula dari pemakanan, pendidikan, hiburan dan pergaulan
Kita wajib memelihara diri dan keluarga dengan Islam
jangan hanya pada aspek Aqidah dan Ibadah
tetapi keseluruhan sistem dalam kehidupan
agar hati, perut, akal, darah, daging, lisan dan tubuh badan
tiada satu pun diisi dengan yahudi dan nasrani
bukan menjauhi dengan dunia pemodenan
tetapi wajib mengawal dan warak dalam memilih
dalam sistem kehidupan yang penuh najis dan racun
Keresahan ini akan terus hidup
selagi sistem pemerintahan tiada mencintai Islam
ditadbir oleh pemimpin yang takutkan Tuhan
yang menjadikan Sunnah sebagai ikutan
rakyat dijaga bukan pada hanya kebendaan
tapi hati, jiwa, akal dan badan
agar suci daripada segala kekotoran
agar suci kembali menemui Tuhan
Ya Allah...,
kepada Mu aku merintih
dalam segala kelemahan ini
ampunkan segala kesalahan yang tiada disedari
dalam dunia penjara al-masih dajal
dan jangan jadikan hambaMu ini
pasrah pada takdir kehidupan
atau hanya menunggu Imam al-Mahdi keluar
tanpa berjuang membebaskan diri dari dajal
bermula pada diri, keluarga, masyarakat dan negara...