Dengarlah bicara sang fakir ini
imbangilah ilmu akal dan qalbumu
jangan terlalu pada akal sehingga meninggalkan ilmu qalbu
jangan terlalu pada qalbu sehingga meninggalkan ilmu akal
Keduanya adalah ciptaan Allah
agar dapat mengenal DiriNya
akal mengenal dengan ilmu dan dalil
qalbu mengenal dengan rasa dan syuhud
Akal boleh berfikir sejauh lautan
qalbu boleh memancar ke Sidratul Muntaha
namun keduanya wajib dipandu
Al-quran, Hadis, Ijima dan Qias
kerana hanya wahyu yang terjamin
kalam kebenaran
Bagaimana aku melihat
dari pelbagai jemaah yang berterasakan tarekah
bicara mistik kerohanian yang dilebihkan
dari bicara tauhid, makrifat, akhlak dan amal
menceritakan pelbagai kelebihan aliran mereka
untuk mencari pengikut
tidak ubah bagaikan suatu produk
yang dipromosi dengan pelbagai kelebihan
semata mencari pelanggan
Hati-hatilah wahai temanku
dengan fitnah akhir zaman
yang datang dari golongan pendusta
yang bicaranya sufi pakaiannya alim
tetapi hati mereka bagaikan serigala
Jangan kamu terfana dengan bicara mereka yang ghaib
mungkin mereka ditipu syaitan tanpa mereka sedar
lihatlah aqidah, syariat, akhlak dan displin ilmu mereka
kerena ia adalah kenyataan kebenaran
kerana zahir adalah cemin hati
hati adalah cermin bagi sirr
sesungguhnya syaitan boleh mengaku Allah
tapi syaitan tiada boleh mengaku Muhammad s.a.w