Alunan ombak…
memuji PenciptaNya
dengan alunan yang mengasyikan
dengan alunan Asma dan Dzat
Hu Hu Hu Allah…
Alunan ombak…
membisikkan rahsia
dari lautan Ahadiah ke pantai jiwa
hanya Dia yang Esa
Hu Hu Hu Allah…
Alunan ombak…
menyatu gelombang , air dan buih
Tiga menjadi satu
dalam jiwa para pencinta
Hu Hu Hu Allah…
Alunan ombak…
boleh menghancurkan keindahan alam
apabila al-Qahar ditajjalikan
insan bertempiaran ketakutan
kembali dalam pelukan
Hu Hu Hu Allah…
Alunan ombak…
engkau ingin memberitahu
pada insan yang mahu mengerti
betapa dalam dan luasnya
hakikat Nur tajjali yang awal
tempat bermula segala qalam dan akal
tempat wuquf bagi sekelian para kekasihNya...
Hu Hu Hu Allah…