Duhai Anakku…
Ketauhidan adalah hak Allah. Kasih sayang adalah perjalanan Rasulullah. Apabila berhimpun dua sifat ini, maka sempurna syhadatnya. Tanpa Tauhid, kasih sayang akan berlandaskan nafsu yang dipimpin syaitan. Tanpa kasih sayang maka Tauhid tiada dapat dilihat keindahannya dan tiada kekuatan. Rasulullah SAW menundukkan dunia dengan dua kekuatan iaitu Tauhid dan Kasih Sayang. Binalah diri dengan dua sifat ini nescaya akan menjadi manusia yang bahagia dunia dan akhirat.
"Sesungguhnya syaitan akan lemah dengan dua CAHAYA yang berhimpun ini.."
Binalah diri, rumahtangga, perusahaan, masyarakat, negara dengan dua sifat ini, Insyallah akan memilki KEKUATAN, KETENANGAN dan AKAN BERJAYA..
Wallahu'alam