Pada syariat
berjalan dengan ilmu dan amal, pada hakikat berjalan dengan jahil dan dosa..
Tuntutlah
ilmu sehingga alim, namun batinmu tetaplah merasai kejahilan dalam lautan ilmu
Allah. Beramallah dengan sebanyaknya, namun batinmu tetap merasai berada dalam lautan
dosa.
Penghujung
ilmu syariat adalah ilmu tasawwuf, maka binasalah segala penuntut ilmu tanpa
tasawwuf, ia akan membawa kepada kesombongan ilmu dan amal. Dua sifat inilah jalan
syaitan yang akan membawa seorang itu kepada kebinasaan. Sesungguhnya iblis tiada mahu
sujud pada Nabi Adam a.s lantaran dua sifat ini walaupun alim dan banyak amal.