Pelangi yang indah
Terserlah selepas langit bergolak
Tersusun memancar meniti langit
Tersulam senyuman menenangkan jiwa…
Begitu hebat penyatuan langit dan bumi
Guruh berbunyi bersama gumpalan awam
bumi dibasahi menyirami kegersangan
tumbuhan menari mengeluarkan hasilnya…
Hati yang keras
Perlukan dentuman petir
Agar tersungkur segala kesombongan
Bersinar indah pelangi bersulam…
Hati yang gersang
Perlukan siraman cinta dari Tuhannya
Agar dibasahi segala lembah kegusaran
Agar dibanjiri segala kesedihan
Agar keluar segala buah pepohon...
Dentuman petir dan guruh
kegelapan awam bergulung
Di sana akan memancar
Pelangi nan indah...