Selasa, 11 Oktober 2011

Nur Cinta


Telah datang kepadamu cahaya Azali dari Tuhanmu.
Gua Hira' bermula dizahirkan.
Pembebasan dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.

Alangkah beruntungnya mereka yang dapat melihat cahaya.
Ditujunya bagaikan Nabi Allah Musa a.s melihat api di Tursina.
Tiada berpaling lagi kepada yang lain.
Kerana disebalik cahaya itu ada bisikan cinta dari Tuhannya.

Cinta dalam dirinya menyala. Inilah bisikan yang ditunggunya selama ini.
Bersuara disebalik Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم:
"Kembalilah wahai hambaku ke dalam dakapanKu!
Engkau yang Ku ciptakan dari tanganKu yang Rahman, suci dan penuh keindahan.
Namun ke mana engkau berpaling selama ini?
Sehingga keindahanmu menjadi luntur..."

Cinta dalam dirinya kembali bergolak.
Pada Kekasih yang sejati.
Segala ikrar diingat kembali.
Malunya tiada terkira sehingga terpaku segala anggota!

Cinta dalam diri kembali mekar.
Indah dan nikmat tiada terkata.
Keindahan dunia menjadi hilang.
Yang ada hanyalah...
Keindahan sifat JamalNya!


Cardiff, UK (11 Oktober 2011, 2 pm)