Ahad, 26 Oktober 2014

Jika Dirimu DiCintai Tuhan..

 
Jika diri mu benar diCintai Allah
Nescaya hati mu akan dihancurkan
Remut bagaikan kaca yang terhempas
Sakit bagaikan dihiris sembilu
Hingga engkau menangis mengadu padaNya
Agar kesakitan diberi kesembuhan..

Jika benar engkau diCinta Tuhan
Dunia bagaikan gelap gelita
Di penuhi dinding yang mengelilingi
Hingga engkau akan bersimpuh tiada berkudrat
Bermanja dan berharap padaNya..

Jika diri mu diCintai Tuhan
Segala apa jua yang engkau Cintai
Nescaya akan dipukulNya
Hingga hatimu kembali padaNya.
Mencintai sesuatu keranaNya..

Jika engkau benar diCintai Tuhan
Dia akan jadika diri mu dicerca dan difitnah
Dia akan jadikan diri mu dibenci dan dijauhi
Hingga hati mu tiada cinta pada makhluk
Hingga hatimu tiada cinta pada kehidupan

Jika benar engkau menCintai Tuhan
Gembiralah dengan apa jua takdirNya
DIA hanya mahu engkau berada
dalam pelukan CintaNya sahaja..

Sabtu, 25 Oktober 2014

Maal Hijrah

Maal Hijrah, 
Padamu aku berdiri
Mengharap Sinar Ufuk Timur
Membungkah Tamaddun Timur
Yang miliki Ruh dan Jiwa

Maal Hijrah,
Ku berdiri diatas garisan mu
Dengan ku pasrahkan pada yang Maha Esa
Menyatu Nafi dan Isbat
Bersimpul Cinta Rasulullah saw

Mentari dari Timur
Akan mewujudkan bayangan Kaabah
8 wilayah Nusantara
Menyatu dalam satu jiwa
Berbunyi dalam satu bahasa

Diatas sumpah 
Nenek moyang termetri
Wilayah Emas yang terpendam
Kerajaan Sulaiman as kembali
Menguasai Timur dan Barat

Semoga Maal Hijrah ini
Penanda garisan kemenangan
Cahaya Rahmatan membelah
Tajjali Allah mengetuk Makrifat
Insan ke pangkuan Ar rahman
Dunia kembali penuh kegembiraan.

Jumaat, 24 Oktober 2014

Hidupkan Cinta kerna dalam Jiwamu ada Cinta..


Insan diwujudkan untuk berTuhan
Insan dilahirkan utk berKasih Sayang
Tanpa Tuhan
Manusia tiada akan temui kebahgiaan
Tanpa Kasih Sayang
Alam tiada akan temui kedamaian

Kehidupan tiada boleh bersendirian
Perlu menghormati sesama insan
Walaupun berbeza Posisi dan Taraf
Namun hakikat kita saling memerlukan

Sepinggan nasi yang terhidang
Menyatukan pelbagai golongan
Nelayan, Penternak, Petani dan Peniaga
Semuanya bergerak posisi masing-masing
Demi memberi keNikmtan sesama insan

Kenapa kita perlu angkuh?
Jika diberi Kekayaan dan Kekuasaan
Adakah si Kaya boleh hidup jika tiada si Miskin?
Adakah Raja boleh berdiri jika tiada rakyat?

Bagaimana kita boleh damai jika tiada Pasukan Keselamatan
Bagaimana Bandar boleh bersih jika tiada Pihak Bandaran
Bagaimana Kehidupan boleh selamat jika tiada Pihak Kesihatan
Bagaimana boleh Pandai jika tiada Pihak Pendidikan.

Semua kita saling memerlukan
Hulurkan tangan untuk Kasih Sayang 
pada semua insan sekeliling kita
Agar Kehidupan saling hormat menghormati
Tiada yang mulia disisi kita
Melainkan HATI yang bertakwa pada Allah

Isnin, 29 September 2014

Takwa adalah Cinta..


Berkata Imam al-Ghazali
"Ilmu yang sedikit membawa ketakwaan adalah lebih baik daripada ilmu yang banyak
tapi tiada ketakwaan"

Takwa dalamm bahasa Sufi adlah "CINTA"

Minuman Cinta penuh keasyikan
Keasyikan membawa pada kemabukan
Kemabukan membawa pada kelupaan pada diri dan sekeliling
Hanya ingat pada yang dicintai
Hingga segala yang dilihat terlihat akan yang diCintai

Dengan Cinta 
Akan tertanggal Syirik wujud diri
Dengan Cinta akan tertanggal segala cinta yang lain
Dengan Cinta  akan merubah sifat yang disenangi Kekasihnya
Dengan Cinta segala kesakitan terasa nikmat

Tiada mujahadah bagi mereka yang berCinta
Tarian dunia tidak memberi kesan padanya
Api tiada dapat membakar pada Nabi Ibrahim as
Kekuasaan dan kekayaan tiada melenakan Nabi Allah Sulaiman as
Keindahan dan kebijaksanaan Nabi Yusuf as tidak mengugat kesucian dan kesyukurannya

Cinta yang suci akan menenang dan menguatkan 
Cinta yang kotor akan meresah dan melemahkan
Cinta yang suci akan membebaskan
Cinta yang rendah  akan mengikatkan

Sesungguhnya alam tiada kesalahan
Makhluk  tiada mampu menghijabkan 
Cinta yang benar pada alam dan makhluk
akan membawa diri mu terbang wilyah CINTA yang Agung

Beramal dengan Cinta pada Allah dan Rasul 
Hingga dirimu terbakar hangus dalam kepanasannya
Hingga dirimu lupa yang lain dalam kemabukannya

:: Dubai jam 8.24 am::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...