Khamis, 28 Februari 2013

Bertanyalah Pada Diri..


Bagaimana hati mahu tenteram dari sesuatu yang lain daripada ALLAH ??


Tidakkah kita melihat bahawa segala sesuatu dihadapan kita menunjukkan kepada tanda kewujudan ALLAH. Dosa membawa kita tidak dapat melihat akan lambaian ALLAH pada kita melalui segala sesuatu. Kita menjadi sombong kerana tiada dapat faham dimana bermula titik kejadian diri. Maka tafakur sesaat yang menimbulkan MAKRIFAT dan KEINSAFAN diri lebih baik daripada ibadah 1000 rakaat yang lalai. 

Wudhu’ batin ialah apabila hati hancur keinginan dari sesuatu yang lain daripada ALLAH. Jika jiwa tiada dibersih dengan Wudhu’ Air Zikrullah dan Muraqabah, maka jiwa akan terus dalam kekotoran. 

"..Maka ibadahnya kosong dari kemanisan munajat.." 

Syurga di dunia adalah nikmat dalam bentuk Ruh, iaitu apabila hati dapat Makrifat pada ALLAH. Syurga akhirat mengabungkan nikmat Ruh dan Jasad yang lebih jauh kenikmatannya dimana nikmat dunia hanya setitik daripadanya..


Cahaya Yang Berhimpun..


Duhai Anakku… 

Ketauhidan adalah hak Allah. Kasih sayang adalah perjalanan Rasulullah. Apabila berhimpun dua sifat ini, maka sempurna syhadatnya. Tanpa Tauhid, kasih sayang akan berlandaskan nafsu yang dipimpin syaitan. Tanpa kasih sayang maka Tauhid tiada dapat dilihat keindahannya dan tiada kekuatan. Rasulullah SAW menundukkan dunia dengan dua kekuatan iaitu Tauhid dan Kasih Sayang. Binalah diri dengan dua sifat ini nescaya akan menjadi manusia yang bahagia dunia dan akhirat. 

"Sesungguhnya syaitan akan lemah dengan dua CAHAYA yang berhimpun ini.." 

Binalah diri, rumahtangga, perusahaan, masyarakat, negara dengan dua sifat ini, Insyallah akan memilki KEKUATAN, KETENANGAN dan AKAN BERJAYA.. 

Wallahu'alam

Rabu, 27 Februari 2013

Begitulah Cinta...

Dunia tiada menjanjikan apa-apa..


Salam Cinta Duhai Anakku.. 

"..Kita perlu belajar menerima bahwa dunia tidak menjanjikan segala impian kita tertunai.."

Walaupun pedih sekalipun namun itulah hakikat yang perlu diterima.

Namun jika jiwa dikuasai CINTA, menyakini KEKASIH akan memberi yang terbaik pada Kekasih-Nya, tika itu tiada siapa boleh menghalangnya bila sudah datang perintah-Nya.


Memiliki Jiwa yang Besar..


Duhai Anakku..

Didiklah jiwa agar tiada mudah sensitif kerana ia akan menjadi racun bagi kehidupan. 

"..Mereka yang berjaya memiliki jiwa yang besar dan berfikiran jauh.."

Jangan mudah tewas dengan perasaan yang mahu memerangkap kita dalam perangkap kemarahan, kebencian, kecil hati, merajuk, kecewa, putus asa, meminta dikasihani, dipuji, dihormati, dibelai, lemah semangat, tangisan dan lain-lain.. 

Selangkah kita berundur, musuh kita akan melangkah kehadapan dalam ketawa dalam kemenangan.


Hanya mereka yang berCinta memahaminya..


Jangan biarkan dirimu mudah lemah dan menangis dalam kehidupan, berjiwa tabah, berfikiran baik, menyakini pasti akan datang pertolongan Allah dengan jalan yang tiada disangkakan. Disebalik kegembiraan ada kesedihan, disebalik kesedihan ada kegembiraan. Keteguhan alam yang bersilih ganti menerima siang dan malam membawa ia kepada kebaikan. Itulah aturan Allah yang perlu bagi jiwa insan melaluinya demi kebaikannya. 

Sesungguhnya tiadalah Allah menzalimi hambaNya melainkan hambaNya yang menzalimi dirinya sendiri dengan kejahilan dan kemaksiatan. 

Kerana itulah hati tiada kekuatan dan ketabahan dalam kehidupan. Di sana ada mereka yang mampu tersenyum takkala orang lain akan tersungkur jika ujian itu jatuh pada mereka. 

"..Sekeping hatimu adalah penentu kebaikan dan keburukkan.."

Jika ia baik, maka baiklah pandangan kehidupan, jika ia buruk maka buruklah pandangan kehidupan mu. Ia lah yang menyebabkan derita dan bahagia kehidupan kita.

..Maka didiklah jiwa dengan ketabahan, kebaikan dan keyakinan pada Allah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...